ecewah bermadah pujangge pulak di pagi yang xberape nk pagi ni,biase la dulu2 kene pakse amek sastra kn.wahooo..
hah sonok,esok insyaAllah masuk hutan lg.. sonok beb, xya nk melawo2 nk masok utan,jimat mase.haha"
Draft penulisan yang atas ni penulisan yang tersimpan sejak 4/10/2012 (12 years 6 months 13 days)
Jadi hari ini aku memulakan semula peulisan journey aku, dan mungkin sharing lain kalau aku rajin. kah!
Kali ini aku cuba untuk memulakan semula penulisan di blog ini kerana ia salah satu cara komunikasi dan menenangkan fikiran bagi sesetengah individu.
.........................................................................................................................................................................
Dengan rahmat Allah, tanpa disangka dan tidak ada dalam perancangan seorang baiah untuk dia menetap lama di luar Malaysia. Betullah kata "kita hanya merancang, tuhan yang menentukan".
Setiap perjalanan ada cabarannya, yang pastinya sebagai seorang muslim sentiasa bersyukur dengan apa yang kita hadapi, dan sentiasa berdoa dan mohon padaNya untuk setiap kesulitan dan harapan.
Awal penulisan Blog aku ni sebab aku baru selesai Daftar Master kt UPM bidang masih perhutanan, selepas hampir 3 tahun aku tamatkan degree, tu pun sebab aku aku banyak terlibat dalam kutipan data untuk kajian (mostly untuk forest plantation waktu tu) dan bermulalah saat tak boleh move on kalau kerja tidak berkaitan dengan nature, which is aku tak boleh stay kerja dalam pejabat tanpa pergi ke lapangan. masa Diploma (perhutanan juga tapi mostly hujung-hujung more to rekreasi) aku rasa aku tak boleh nak survive dalam kerja hutan bila dah abis belajar nanti sebab risau penat, badan calar-calar, parut sana sini sebab pacat atau kutu "albabis" tak cun la!.
Tapi kan sebenarnya aku tak tahu pun ada program Perhutanan kat universiti, tau pun selepas mengisi pilihan-pilihan program Diploma dalam borang UPU lepas dapat result SPM (2023). Antara sebab aku masukkan Perhutanan dalam pilihan (fakta penting) sebab aku tak nak ke UITM takut nanti pergi Jengka je, aku nak keluooooor nak travel tengok DUNIA luor. So, dalam senarai pilihan memang takde UITM or UTM dalam list, seingat aku aku masukkan USM,UM, UKM,UPM.. yang sangkut Perhutanan UPM (sebang paling ikut syarat). Alhamdulillah. Ni pun takde dalam perancangan, aku beli borang UPU pun last minit sebab ingatkan layak ke tingkatan 6 je, tu pun dah happy sebab dapat la sambung jauh sikit ke "Clifford, KL (Kuala Lipis)" hahah. Terima Kasih abang sol (Samsol), jadi asbab datang ziarah family tapi tertengok result SPM aku, pastu abang aku pun turut kena bebel asal nak hantar adik gi tingkatan 6 je. Kita sebagai adik akur sebab waktu tu aku memang tak xde expose sangat dengan "modern civilization" ni, jadi aku jenis ikut je. Mak dan ayah aku lagi la, diorang pentingkan keperluan anak-anak, keputusan bab pendidikan ni diorang serahkan yang lebih tahu (waktu zaman aku la, sebab waktu zaman kakak dan abang sulung diorg banyak sacrifice).
Sebenarnya aku faham kerisauan Abang sulung aku dan juga Mak Ayah, mereka risau aku culture shock, terikut-ikut perangai tak bagus. Aku perempuan, Bungsu,17 tahun tak pernah tinggal jauh dari keluarga duduk asrama dekat dengan waktu PMR/SPM pun family aku 50-50 nak lepaskan. Aku dimanjakan sebab aku paling comel! haha (iklan).
once da masuk belajor perhutanan macam kene dengan jiwa pula, benda dah memang kehidupan ko mesti la rasa sebati, tapi kadang-kadang terfikir sesuai ke perempuan dalam bidang ni bila dah masuk alam pekerjaan nanti. Yelah waktu tu early 2000s, perhutanan kerjayanya ke Jabatan perhutanan atau perhilitan je, so dalam minda aku dua-dua kene kerja dalam hutan, travel n treking dalam hutan berhari-hari bawa backpack beso, pakai baju hutan comot2 jela. waktu tu peluang kerja dalam perhutanan or nature conservation tak banyak rasanya atau aku xde exposure banyak maklumla capaian internet zaman 2004-06 masih limited, pergi cc atau lab computer baru boleh akses internet, itupun banyaknya nak buka friendster dik! haha.. medium cari kerja kt SPA jela taunya waktu tu. (Cerita pasal cari kerja ni set kt post lain pula yek)
Aku skip zaman Bsc sebab zaman tu mcm xbes sgt, aku dapat intake 2 choice, 1 sebab kau ambil muat lambat, 1 lg sebab aku silap masukkan Bsc Teknologi Kayu sbg 2nd choice haha! (asbab taknak ke fakulti lain, course xberapa minat aku masukkan sebagai pilihan).. tapi aku layan jela, major pun aku ambil pengurusan industri kayu so masih pengurusan lagi cumanya sebelum sekarang susahnya nak cari kerja! sebab aku taknak duduk lab, xnak duk opis sahaja.. eh memilih...
Rezeki lepas 2 bulan kerja kilang furniture aku ganti kawan aku sebagai RA (research assistant dekat INTROP untuk kajian perladangan hutan (species selection, growth performance) site kt Serawak pulak tuh, ujung babe.
Tapi tulah first time aku merasa naik kapal terbang, AJAIB. ko tak plan tapi Allah kasi peluang. dari situ minat dalam perhutanan dan bidang kajian makin mendalam. aku suka baca penulisan Prof. Basri Hamzah (waktu tu bos aku) rasa macam hebat betul dia pastu muncul perasaan nak jadi macam dia. Kerja aku waktu tu simple je, cuma satlekan data pastu adalah buat arrangement sikit-sikit. Penulisan memang 100% Prof buat. Tapi ade sikit cerita tak best, konon nak cari duit sampingan, retype dari hardcopy publications untuk jadi softcopy pastu tak dibayar. so tu first and last aku buat kerja-kerja gitu. btw waktu tu takde scan convert pdf/jpeg to word lagi (or aku yang tak pandai waktu tu).
So dari situ aku da masuk circle orang-orang yang buat kajian berkaitan perhutanan dan hasil hutan kalau ko memang minat nak ada dalam bidang tu so ko stay. Dijadikan cerita sebab RA ni project based, kalu projek dah satke dan tamat so dana takde untuk gajikan kau, makanya aku pelan-pelan cari peluang sambung belajar kebetulan waktu tu ada Mybrain so aku mohon la, dan GRA waktu tu cover untuk 2 tahun terus xperlu mohon per semester.
Sama macam sekarang aku zero knowledge masa aku ambil keputusan untuk sambung Msc,terutama dalam pasal tree health dan arboriculture practice cumanya aku ada tempat dan idea untuk kaji growth performance. Aku memang prefer kerja dengan pokok sebab pokok dengar cakap aku dan xboleh ajak borak haha! aku kalau boleh elak berborak aku elak tapi kadang ko kene gak borak dengan orang kang pening dalam Dunia sendiri. Ajaibnya, waktu sambung Msc ni paling aku rasa best, banyak explore kawasan-kawasan hutan ceruuuk sana jumpa circle2 baru yang membenamkan lagi jauh minat aku dalam kerja-berkaitan perhutanan (waktu tu mostly on Native species).
Seronok sibuk sampai tak duduk rumah, banyak join kerja luar dan seblum grad Msc aku kerja, kerja dalam company consultant alam sekitar. Mostly aku involve dalam reporting Evironment Impact Assessment (EIA), waktu ni lagi la, balik rumah sminggu 2 hari je kadang tu, lain g field collect data. kerja sini pun best jugak dapat colleague kerja yang click dan bos bagi kepercayaan pulak, lagi la rasa macam ini la dunia aku (waktu tu) bawak 4x4 opis waktu tu pergh gagah betul perasaan dia. Genap 2 tahun setengah aku dapat offer FRIM (Forest Research Institute Malaysia),kat sini byk restriction kerja sikit la sebab kerja bawah kerajaan regulation kan so byk rules n SOP kene follow, awal2 tu cm xleh move on kerja lama, tapi sebab career movement (peningkata kerjaya) aku stay, personal attack masa awal kerja tu aku sabar jela (motif tak tahu) sebab seketul dua dari 10 orang yang best tu better aku fokus pada 8 orang yang bes (kiasan je) lama juga di FRIM lebih 5 tahun sebelum aku ambil keputusan untuk resign sambng belajar. tu pun 50-50 sebab aku suka dengan task dan kerja aku, lagipun bos (ketua projek) professional dan treat kitorang sebagai pendidik dan leader yang memajukan anak buah. Thanks Team FRIM, pengalaman berharga banyak bagi peluang untuk join peberbitan. Impak besar juga dalam career.
Ahah Lepas Resign FRIM ni lucu dan drama juga. Tapi..... tragedi ini juga membawa aku ke kesini.... (Sambung part 2)
Baiah
38 years 8 months 27 days
17 April 2025